i'm writing my own stories

Sunday, August 21, 2016

Australia working holiday visa for Malaysian

Assalamulaikum..

Blog ni dah bersawang. Banyak sangat sarang labah- labah.

Saat catatan ini ditulis, aku dah berjaya mendapat Australia working holiday visa (AWHV) sesi 2016/2017.
Mungkin masih ramai yang tak tahu apa benda working holiday visa ni.
boleh klik kat link ni untuk panduan lebih lanjut.
http://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/work_holiday_visa.html 

Permohonon akan dibuka lebih kurang bulan Julai atau Ogos setiap tahun. Tapi kita prepare lebih awal. Sebab ada banyak syarat-syarat dia.

Syarat utama:
1) Umur : 18- 30 tahun
2) Ada degree atau sekurang-kurangnya dah/sedang belajar selama 2 tahun (degree). Kalau diploma ke, sijil ke, professional diploma ke, dia tak nak. Tapi kalau ko ada master's degree dia ok je.

Jumlah visa yang ditawarkan hanya terhad kepada 100 tempat pada setiap tahun. Jadi, kita memang perlu berebutlah dengan orang lain.

Dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan sebelum hari permohonan:-

1) Letter of good conduct daripada Ministry of Foreign Affairs
Sila buat permohonan secara online disini https://ekonsular.kln.gov.my/en/.
Bayaran sebanyak RM20 dikenakan. Sekurang-kurangnya dua bulan sebelum permohonan AWHV

2) Bank statement
Pastikan ada duit lebih kurang AUD 5500 -6000 dalam akaun bank, lepas tu minta pegawai bank sahkan.

3) Degree certificate
photostat dan pegi mintak cop kat commisoner oath. Sekeping RM4.

4) Proof of functional english
Aku minta universiti tempat aku belajar dulu buat surat mengatakan English was used as a medium of communication. Siapa-siapa belajar kat oversea (negara orang putih), Rasanya tak perlu.

5) Isi form 1208
Download dari website diatas. pastikan semua ruangan diisi.

6) Visa Fees
Yuran visa untuk sesi 2016 AUD440 = RM1385
VFS charge: RM171

7) COpy birth cert
Photostat. Mintak cop commissioner oath

8) Front copy of Passport
Photostat front copy passport yang ade gambar dan details kita tu. Lepas tu mintak comissioner oath cop.

Lepas tu, tunggu je permohonan dibuka. Pastikan korang guna internet cap unifi paling kurang. kalau tak, jangan mimpi nak dapat masuk website dia. Kena book appointment secara online dulu, pastu kalau dapat baru boleh hantar dokumen-dokumen diatas. This is the hardest part sebenarnya. Aku sampai sekarang tak percaya yang aku berjaya dapat visa ni. Menggigil tangan masa aku berjaya block appointment.

Kebiasaaanya, semua dokumen kena hantar dalam masa 2 minggu - 1 bulan. thats why kena prepare siap-siap semua. Dokumen kena dihantar ke alamat di bawah personally. sebab dia nak amik cap jari korang. 

The Australian Visa Application Centre (AVAC) is located at:
Suite 19.06
19th Floor
Wisma MCA,
163 Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur


Kalau dokumen lengkap, dia akan panggil medical check up. Dia ade panel, bukan boleh buat check up kat klinik desa. tengok kat website depa noh.

Ada benda nak tanya? shoot me an email: ainatunillani@gmail.com

Sunday, July 5, 2015

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 5.0

20th May 2013

This is the final day on our trip

Hari ni plan nak pusing Hanoi je. Tak de ke mana.
Tempat pertama kitorang singgah adalah kedai emas. bukan nak beli emas, tapi pengurup wang diorang memang kat kedai emas. Sebab kitorang tak banyak berbelanja kat China, so, duit Yuan memang banyak lebih. 

Lepas tu, kitorang carik kedai makan. Sebab tak makan lagi. Restoran Nisa. halal ni, katanya orang Malaysia punya. Setakat entry ni ditaip, dengar cerita restoran ni dah tutup. Maklum la, cerita 2013. Tertunggak betul entry kat blog ni. Restoren ni siap ada surau.

Masa solat Zuhur, terjumpa group of Malaysian yang nak pegi hiking ke Sapa. Sempat la borak- borak kejap. Nasib baik esok nak balik, kalau tak, memag kitorang join kot. hehe


Masing-masing order kopi vietnam. Kak ied je Minum fresh orange.


Bangunan sekitar Hanoi

Kedai terompah. Cantik-cantik

Ingatkan nak singgah kedai kain. nak beli kain cotton buat baju kurung. Malangnya, dah terlambat. Pukul 5 kedai kain tutup. End up kitorang pusing shopping dekat sekitar Hanoi sampai malam.

Malam tu, sekadar makan megi je. Sambil mengemas beg- beg yang beranak. 

Esoknya, kami bergerak ke airport sekitar jam 6.00 pagi. Nak kejar flight pukul 9 pagi. Transfer ke airport book dengan hotel je. Tak mahal sangat. Kalau tak silap, dalam USD24. kitorang naik Toyota avanza. 

Kat airport, ramainya ya Ampunnn. pokoknya, kalau ade beg nak check in, kena datang awal.
Dengan ini, berakhir la siri Mak Jemah merentas China- Vietnam.

Total Damaged +/- RM1200
Breakdown:- 
Flight: +/- RM400
Accomodation: +/- RM120
Train: +/- RM200
Longji Rice Terrace Tour: +/- RM90
Tambang bas Ke Yangshuo: +/- RM 22 (return)
Sewa basikal at Yangshuo : RM5 (sehari)
Rakit at Li River: RM75
Souvenir: +/- RM100
Makan : +/- RM 200


Sunday, April 5, 2015

South Korea:Kembara Musim Salji Bahagian 5.0

Assalamualaikum...

Saat entry ni ditaip, kembara ke korea dah masuk dua tahun berlalu. Aku memang berazam untuk jadi blogger yang lebih komited. Tapi azam tinggal azam je la. sabar je la. Banyak sangat entry tertunda.
Jom baca sambungan ceritera kembara korea.


28 Jan 2013
Seoul- Namdaemun- Suwon

Kitorang keluar agak lambat, dalam pukul 10. Hari ni nak ke namdaemun. Ade orang kirim brooch Korea. Gigih la kitorang berjalan shopping sane sini. Dapat la grab souvenier untuk family.
Lepas abis shopping, pusing-pusing area namdaemun untuk amik gambar. Pastu, balik hostel, lepak barang-barang rampasan. Kitorang amik train ke suwon. Nak jumpe Awanis. Classmate during my undergrad . Dia sambung belajar kat sini.sambil- sambil tu kitorang drop skali barang-barang makanan yang di bawa dari Malaysia. Tak nak bawak balik .. semak beg je.

Dari Hongik Univ ke Suwon ambil masa dalam sejam. Kebetulannya bertembung dengan orang balik keje. Macam semut. Suwon ni, besar jugak la. Banyak high rise building gak. Again, kat korea, mmg high-rise building melambak. Kitorang punya la gigih carik teksi nak ke Ajou university. Bila tanya pemandu teksi, takde sorang pun yang nak. Last-last main masuk je. Aku tak nak tnya-tanya. Nasib la tak kena halau keluar. Pakcik tu, memang baik. Dia hantar sampai masuk ke Ajou university. Bila nak suruh pakcik tu berhenti kat tepi jalan, aku tak tau nak cakap ape pulak. Dengan suara lantang. Aku pun. Jerit. Stop!!!!. Terkejut pakcik. Emergency break la jugak..mian he ahjusshi..
tambang dalam 10K won. 

Awanis blanje makan bulgogi dan tteopokki. Sedap gak. Walaupun aku jenis yang tak berapa lalu makanan korea. Yang ni kire acceptable untuk aku. Boleh la…lagi pun orang belanje..kekeke. Sempat jugak berkenalan dengan kawan-kawan se-lab awanis. Tapi lupe lak name diorang. Isk3. Saya dah tua.

Balik sempat singgah minum kopi. Sampai hostel dah malam. Kitorang sebenarnya ssesat barat. Haha. Sebab konon-konon nak naik bus ke suwon  station. Last-last aku pun tak tau mana dia bawak. Main turun je kat train station. Rupe-rupenye kitorang kat Ori. Sudah la. Nasib baik train straight je. Kena tukar sekali je kat Gangnam.  Yes, that oppa “gangnam” style.


Station Gangnam ni nampak macam baru lagi. Mungkin baru lepas renovation.  Orang dalam subway pun tak ramai. Barangkali, sudah lewat malam. Since sampai Hongdae dah malam. Kitorang terus je balik dan tido. Esok mau ke Nami Island. Dengan harapan dapat jumpa salji.. Hahaha.











nota kaki: gambar tak berapa nak ada. maklum la cerita terbengkalai selama 2 tahun

Wednesday, February 12, 2014

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 4.0

Assalamualaikum..
Lama sungguh jemah menghilangkan diri..sibuk memanjang..
Dah nak abis tahun dah ni. azam jadi blogger tegar, tinggal azam je la..hehe..meh sambung cerita Jemah sekalian di Nanning

Nanning

Sebelum orang lain bangun, kitorang bangun pagi, gosok gigi dan solat.  Takut orang terkejut tengok kitorang terkangkang angkat basuh kaki kat sink je.. Dalam train ada toilet and wash basin.Tak mandi pun, cuci-cuci muka je.

Sekitar jam 7.00 pagi kitorang sampai kat Nanning. Station keretapi Nanning agak besar. Rasanya lebih besar dari KL sentral. Nanning adalah sangat bahang. terasa panas walaupun baru jam 7.00 pagi. Mungkin sebab bulan 5 adalah summer. Kitorang simpan beg dulu. tak larat nak angkut tanggung jawab.yang berat-berat tu. tak ingat dah berapa kos dia. tapi memang affordable. Perkara pertama yang kitorang kena buat adalah beli ticket ke Hanoi. ikut rujukan www.seat61.com . Senang je nak beli ticket. Tapi kena tunjuk Passport masa nak beli tu.

Perkara kedua yang mesti diselesaikan adalah, mandi....................
Jenuh mencari hotel, kot- kot la boleh check in untuk sehari. Tapi malang memang takde bau, masalah komunikasi. We couldn't understand one another dengan receptionist hotel. Jadinya memang tak dapat nak mandi manda sukaria. Next option, carik public toilet. Okey, part ni tak boleh blah. Toilet dorang macam container cabin. untungnya ada air. Mandi gak kat situ. Siap ada orang ketuk-ketuk pintu masa tengah mandi tu. Kakak aku mandi, dia nampak ade asap kat belakang toilet. Dia ingat ada orang mengintai, siap tanya sapa ada kat luar. turn out, rupa-rupanya ada ubat nyamuk. Asap tu dari ubat nyamuk. haha. sakit perut kitorang ketawa.

Selesai mandi kitorang pusing-pusing nak carik makan. Puas berkomunikasi dengan orang sekeliling mana nak carik shopping mall. Kalah speaking ayam dan itik. tak tau dah nak carik. cuba untuk tahan teksi. takde yang nak berhenti. Tetiba lak hujan. Pasrah betul time ni. dah la lapar gila. Kitorang pusing-pusing tanpa arah. Ada nampak bakeri, beli la roti seketul dua buat alas perut. Padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu. Menyesal pun ade sebab tak research betul-betul pasal nanning.

Dalam kehujanan, kitorang gigih tahan teksi. Entah macam mana, ade satu teksi beerhenti nak amik kitorang. Ya Allah...syukurrrrrrrrrrrr. walaupun ada masalah komunikasi, abang drebar ini memang menolong kami, dapat la kitorang sampai shopping mall.

Dalam shopping mall, ade la berangan nak tengok wayang. Kononnya nak habiskan masa tunggu petang. Tapi, ticket dia berganda mahal.Adela dalam RM40. tak jadi lah gamaknya.
Akhir sekali, kitorang jumpa stabucks. Beli kopi sorang satu and lepaksss 2, 3jam. Dapat la free wifi. Masa ni, aku pun search pasal Muslim community kat nanning. Rupa-rupanya, tak jauh dari shopping complex ade kedai halal dan masjid. ceh.

Dalam Hujan lebat, kitorang jumpa jugak surau tu. Mandi dengan riangnya. Ade shower lagi..kalau la aku tau...takdela bersesak mandi dlm JAMBAN kontena tepi jalan, sampai kena ketuk pintu. ehehe.. tapi, tu rezeki aku la kot.

Selesai mandi, kitorang solat siap-siap. dah petang, kitorang bergerak ke stesen keretapi Takut terlepas train Turn out, train station dan shopping mall adalah sangat dekat. Ok. aku stress..haha.

JAMBAN tempat menumpang mandi.
Nanning Muslim association

Gambar tak berapa nak ade pulak. haha.. baca  je la ye.
Kat sini kitorang jumpa lecturer from thailand yang mengajar kat China. tak ingat pulak dia ajar ape. tapi dia boleh speaking. so, rancak la kitorang borak. dan seperti biasa, orang ramai dekat train stesen tu tengok kitorang macam alien.

train sampai tepat waktu. kali ni, duduk kat katil 3 tingkat. kitorang kena turun angkut beg dua kali, 1st masa nak keluar border china. dan kali kedua masa nak masuk vietnam.
Masa ni, ada sorang jemah, terhilangkan ticket train. Pastu, bila orang yang check ticket tu tanya, kitorang buat-buat tak paham. haha..ade jugak jemah yang nak naik tido kat katil, dia terpijak pakcik katil bawah.. macam-macam...haha.. Tapi, akhirnya,sampai gak kitorang kat hanoi pukul 5.30 pagi. Bahang sangat- sangat. Naik teksi ke Hotel. Solat, dan bummmmmmmmm tidooo.

Tuesday, February 11, 2014

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 3.0

18th  May 2013
Entry tertangguh. haha. maaf lah. Dilanda badai kesibukan belajar dan kerja. hampir saja aku putus asa. aku back dated kan entry ni supaya dia berturutan untuk menjadi rujukan kepada siapa-siapa yang berminat. yang tak beminat tu, just keep quiet, ok?

Yangshuo

Hari ni kitorang bangun awal. Nak kena amik bas ke Yangshuo. Sambil tu kemas-kemas beg. Malam ni nak naik train ke Nanning.
Aku cuba untuk Nego kitorang check out lmbt. Semalam cuba nego, orang kaunter tak layan walaupun aku offer bayar extra kalau check out lambat.. Pagi ni, orang lain pulak yang jaga kaunter. Aku malas nak ckp nak check out lambat. Takut jadi macam semalam. Aku just mintak extend satu hari lagi. Kena tambah RMB 150. Boleh sangat la tu. Lagi pun share 4 orang kan. Kitorang perlukan tempat utk letak barang dan bermandi manda selepas balik dari Yangshuo nanti.

Dari hostel kitorang naik teksi ke Guilin bus station.  Nak beli tiket ke Yangshuo senang je. Pegi kat kaunter dan beritahu depa nak ke mana. Harga tiket hanya RMB22 sehala. Dari Guilin ke Yangshuo ambil masa lebih kurang dua jam. Kitorang merehatkan mata sepanjang perjalanan. Tapi jalan dia bumpy. so, takde la lena mana pun.


Suasana kat Yangshuo bus stop agak merimaskan. Banyak ulat travel agent. Lagi-lagi bila nampak orang luar macam kitorang ni. So, pandai-pandai la korang mengelakkan diri dari ulat-ulat tersebut. Kitorang sampai je, terus carik kedai makan. Perut dah berkeroncong.


Makanan kat sini tak sesedap kat Guilin. Apa yang kitorang order tak habis pun. Agak membazir. Lepas makan, kitorang terus carik tempat sewa basikal. Yangshuo ni kebiasaannya di jelajah menggunakan basikal. memang banyak kedai-kedai sewa basikal. boleh pilih nak jenis apa, warna apa. Tunggangan kitorang kaler pink dengan harga sewaan RMB 10 sehari. Masa nak sewa ni, kelam kabut sikit, sebab orang tu tetiba mintak RMB500. Bila aku tanya nak buat apa, deposit ke? dia mula bersyair dalam mandarin. haha. Masa ni dah nak give up jugak. nasib baik sebelah tempat basikal ni, ada hotel. ada sorang pekerja dia boleh speaking sikit-sikit. dia yang tolong translate RMB500 tu untuk deposit. 

Berbekalkan map, kitorang pun mengayuh. Mujur ada signboard dalam English. takde la menggagau carik jalan. Tujuan kitorang adalah ke Li River. Nak naik bamboo raft. 


bilik yang agak bersepah

Kami yang berjaya menaiki bas ke Yangshuo
Basikal kami  yang pink ini. Melambangkan gadis sejati..kekeke
Pencarian ke Li river bermula
Lets move forward
Kitorang solat zohor atas Rakit. Bila dah balik Malaysia, baru aku terpikir awat Li river tu hijau semacam. Harap-harap bukan sungai kumbahan. Siap amik wudhuk tu. Kami berakit-rakit ke hulu selama 2 jam. in between, akan ada macam air terjun kecik yang menyebabkan rakit sedikit tenggelam. Ada sedikit keterujaan disitu. 


Sebenarnya, kalau banyak duit, ada Li river cruise dari Guilin. kalau tak silap aku dalam 5 ke 3 jam. Mungkin harga adalah lebih mahal. Kitorang bayar RMB 130/ person  untuk bamboo raft cruise ni. Masa ni, kitorang kena usha dengan group budak laki dari China. Mula-mula depa tanya dari mana. Pastu start usha and ajak borak. Sampai abis kami berrafting sampai kitorang gi amik basic basikal kat lori, dok mengusha. Pelik sebab tengok kitorang pakai tudung ke? Kalau tengok muka, ni semua budak-budak awal 20-an. Hehe….depa tak nampak kedut-kedut kat muka kami. atau memang kitorang ni awet muda..haha.. ok perasan jap.

Habis berakit-rakit, kitorang pick up basikal dan pusing sekitar. Dapat la beli strawberry seplastik dua. Jarak untuk patah balik ke pekan Yangshuo adalah 7km. Kitorang berusaha sehabis mungkin mengayuh basikal. Sebab nak kejar bas balik jam 6 petang.

Kayuhkayuh sampai Yangshuo pukul 5 kalau tak silap, pulangkan basikal, ambil balik deposit dan terus beli ticket balik ke Guilin.  Dalam Bas, membuta la kami. Alkisahnya, penat sangat kayuh basikal. Workout muscle katanya.




Puteri Hang LiPo dan dayang beliau


Normal scenery along Li river

Jernih?, Hijau?
Kedai Makan terapung di Li River
Li River
Sampai kat Guilin, dah maghrib. Kitorang siap-siap mandi, makan, solat, lepak-lepak tido. Dalam pukul 9.30 kitorang check out. Lepak kat reception area. Terserempak lagi dengan pakcik-pakcik semalam. Kali ni kitorang amik gambar. Pakcik tu kagum sangat ngan kitorang, sebab katanya, tak pernah jumpa muslim malaysia travel guilin. Lagi-lagi kitorang memang tak speak Mandarin. Anak  gadis pulak tu. Ekekeke..

Train pukul 11:30 pm delay. Sempat la kitorang menyaksikan drama Guilin sebabak. Mak bapak gaduh dengan anak perempuan. Depan kitorang lak tu. Siap masing- masing tolong buatkan skrip. Kononya, depa gaduh pasai parents perempuan ni tak bagi dia kawen dengan boyfriend dia. Mengekek kitorang ketawa. nasib la depa tak paham melayu. kalau tak kena lempang jugak. 

Jam 1 pagi, train sampai..off we go to nanning!!!

terusan Suez di Guilin Station. Kalau ada reaeki nampak la submarine terapung 
Ruangan tidur dalam train


Monday, February 10, 2014

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 2.0

Minggu ni minggu terakhir cuti semester. Mulai minggu depan, aku akan start busy dan takkan ada masa nak update blog, unless miracle happens. Somehow, miracles do happen ^^
Jom sambung cerita............

17th  May 2013


Longji Rice terrace

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pegi sekolah.. eh2.. bukan, pegi jalan. Pagi tu, breakfast kat bilik masing- masing.  Tepat jam 8.30 pagi kitorang dah melepak kat lobby. Tunggu bas.
Sambil- sambil tu sempat amik gambar kat depan hostel. Masa tengah syok- syok posing sana sini, tetiba ade sorang pakcik tegur. Dia speaking London sama kitorang. Ehh.. terkejut jugak.. dia tanya kitorang dari mana, Indonesia ke? Owh.. tak la.. kami dari Malaysia..terer pakcik speaking. Borak-borak kejap, rupa-rupanya dia ni professor kat guilin university. Hamboi. Semalam jumpe homo, hari ni jumpe professor. Pasni tak tau jumpa sape lak. Retis china? Jackie chan? Zhang Zi Yi? #berangan. Kitorang bertukar-tukar duit syiling.katenye, beliau pengumpul syiling.dpt duit 1 yuan syiling. Lepas dh amik gmbr, pakcik pun bergerak ke tempat keje. Syiling yang pakcik tu bagi ntah kat mana aku campak.hehe

Bas  sampai dlm pkl 9 lebih. Bila kitorang naik je, semua orang pandang. Hehe. Feymes sungguh mak jemah(s). Diorang tak penah nampak retis Malaysia bertudung macam kitorang. Kitorang tak expect tour guide boleh speak English. Sebab amik mandarin kan. Rupe-rupenya mamat tu boleh speak English. Dalam bus, dia bagitau diorang akan singgah kat Yao village. Tour yang ni tak termasuk  Yao village. Kalu nak masuk, bayar RMB80. Ok la boleh je. Nak buat ape kalau kena tunggu lame-lame kat luar kawasan kampung tu kan.  Dalam bus tu, si Leo, tourist guide tu cerita macam-macam.  Tak berapa nak  paham, sebab dia cite dalam mandarin. Yang English sikit je. Siap ade menyanyi bagai.
Tour guide kitorang



Kat Yao village boleh tengok la rumah-rumah diorang. Rasanya sumber pendapatan diorang adalah dari tourism. Rumah kaum yao biasanya tiga tingkat. Tingkat bawah untuk binatang ternakan seperti..babi. amboi. Mencarut nampak. Tingkat dua untuk aktiviti rumah. Tingkat tiga tempat tido. Masuk- masuk nampak peti ais. Besar pulak tu. Peti ais kat rumah aku pun kecik je. Ada la nampak jagung tergantung- gantung kat situ. Aku tak explore sangat sebab rumah dia bau busuk. Mungkin diorang ade bela babi (mencarut lagi?!) kat tingkat bawah. Sebab bau busuk tu dari tingkat bawah.
Next tengok persembahan pulak. Ade la dia ajak dua tiga orang mamat naik. Nak tunjuk tradisi kaum yao. Kat sini, kalau perempuan suka dengan laki tu, dia akan cubit bontot laki tu. Aummm.. yummy..tapi untuk kaum yao je. Kalau pegi tempat lain, kaum lain jangan buat pulak. Kang korang kena dakwa jadi pervert la pulak.
Sebelum persembahan bermula, kitorang dah kena serbu dengan makcik-makcik jual barang. Sebabnya, kak ied ada beli barang from one of the makcik. Pening aku. Dah macam lalat menghurung. Last-last nak bagi diorang beredar, terpaksa la kitorang beli. Tension tau.
Untung lepas diserbu, sempat cuci mata dengan sorang mamat ni. Muka macam redza minhat. Tapi lagi hensem kot mamat ni. Tak dapat dikenalpasti beliau ni warganegara ape. Mungkin Europe kot. Lepas dah menyanyi bagai. Kitorang pun keluar dari situ.naik bas menuju ke rice terrace.


Teh beras masyarakat yao


Persembahan rambut panjang



bergambar dengan Profesor Guilin University

Ini la waktu yang dinantikan. Memang kalau diikutkan, nak pegi Longji rice terrace dulu. Tapi sebab guide bawak ke sini, ikutkan jela.
Kitorang Cuma diberi masa selama 3 jam untuk daki naik dan turun ke bawah. Pukul 3.30 mesti dah ada kat tempat berkumpul. Perjalanan naik memang seksa. Semput, mengigil otot-otot kaki mendaki. Tapi sambil tu sempat la singgah kejap, tengok-tengok kawasan. Guide kitorang memang ada offer lunch ngn diorang. Tapi, kitorang tolak dengan cara yang baik la. Ntah ape dia hidang dalam kedai tu. Pening aku. Tengok kaki ayam satu besen semalam pun dah pening lalat.
Dah separuh jalan, jumpa kedai buat teh. Dia tengah sangan daun teh tu. Kitorang tumpang lepak sana. Sambil mencuba teh dia. Pahit. Payau. Ptuih. Tapi beli gak untuk bapakku. Yang kecil harga dia RMB50. Yang besar aku tak hengat la pulak. Kitorang minum the sambil makan bun giant  berintikan serunding. Ajak jugak orang tu makan. Mula-mula dia cam malu-malu tanak amik. Dah dua tiga kali ajak, dia pun rasa serunding tu. Ha ko, kan sedap. Masa ni masing-masing berbahasa isyarat. Haha.
Lepas dah lepak-lepak tu. Kitorang teruskan pendakian. Umpama mintak nyawa. Sampai kat atas, hujan la pulak. Berkabus. Dapat amik satu dua gambar sebelum hujan turun mencurah2. Untung la ade rain coat. Klu x, basah lencun la jawab nya. Jom layan gambar- gambar.







Pkl 3.30 berkumpul kat main entrance. Lepas tu bergerak balik ke Guilin. Dalam bas, lepas solat,  masing- masing tidur. Penat mendaki la katakan.
Sampai kat Bandar Guilin, bus dropped kitorang kat area Masjid. Masa ni dah terbayang makanan. Lapar yang amat. Kitorang serbu Endian Restaurant. Order macam-macam. Sempat lagi cuci mata dengan pekerja restaurant yang agak kacak (based on k.ied n my sis opinion)..keke..makanan dia memang marvelous. Lagi-lagi satay kambing..licin……Makan dah tak ingat dunia..hehe

Masa tengah ade lagi satu group makcik pakcik pakai tudung dan songkok datang. Diorang tegur kitorang. Maybe sebab kitorang ni unik kot. Haha. Semua nak tegur dan pandang. Sebelum balik kitorang sempat bergambar buat kenangan dengan staff restaurant.


Celebrating birthday

Satay kambing yang sedap

kentang goreng yummy

amik gambar dengan maryam

Wednesday, February 5, 2014

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 1.1

Assalamualaikum semua....................

Sementara cuti sem ni, aku banyak pulak masa terluang time malam dan hujung minggu..dapat la sambung menaip. sambil-sambil tu merangka itinerary kansai. Sambung dari sini

Bila dah tengok yang ade tinggalan masjid je, rasa nak menangis.. dah la kebulur tahap langit petala ke-7 nak tak nak kitorang pun menapak.  Masa ni, kak ied cakap, Makan megi la malam ni nampaknya..pasrah betul ayat!! untuk kali terakhir, kitorang cuba nasib tanya-tanya kat orang sekekeliling. Nak jugak carik kedai makanan halal. Perut kebulur nasik.  Kitorang pusing-pusing melintas jalan yang sama dua, tiga kali. Hebat dok? Akhirnya, Nampak satu kedai. Ade signboard halal. Serbu. Menu dia ada dalam English. Kitorang order ayam goreng, Daging masak pepper, sup cendawan. Okeh. Tu je. Bismillahhirramanirrahim..ngap3. glup3..korang bayangkan pacman makan. habis!!

Masa  tengah makan, tetiba ade satu bus nampak la makcik-makcik  pakai tudung ikat belakang. Dengan pakcik –pakcik pakai songkok. Masing-masing pandang kitorang macam alien. Tetiba ade sorang makcik datang dekat.

Makcik: Bangladesh?
Haha. Amik ko. Bangladesh. Hidung kitorang ni pesek makcik oi..
Kitorang: no, no, no, Malaysia.
Makcik: O..Malai si ya. (sambil anguk kepala). China china china
Amboi makcik, speaking London mandarin nampak.. Kitorang pandang makcik. Makcik pandang kitorang. Tak tahu nak cakap ape. Dengan harapan makcik paham kitorang tak paham sepatah haram dia cakap.
Makcik: china china china.
Kitorang pandang makcik lagi. Akhirnya makcik pun mengalah. Surrender dia tengok kitorang terngadah. Haha. Dia bai. Kitorang pun bai.  Tu je.

Untuk makanan yang tak seberapa kitorang kena charge RMB98. Habis makan, kitorang nak juga cuba carik masjid, tanya dekat tourist guide geng makcik tadi tu. Kitorang mintk dia tuliskan masjid dalam mandarin. Senang nak carik. Gut feeling aku mengatakan, Masjid tu mesti ade kat sini-sini jugak.
Berdasarkan pengalaman aku. Kedai makanan halal akan dekat dengan masjid.  kitorang menapak demi mencari sinar iman. Eh2. Tetibe nampak masjid. Cretttttt. Tak jauh pun. Dua tiga minit dari kedai tadi. Takde rezeki nak makan kat Endian. Takpe la.nak buat lagu mana. Singgah jap kat masjid, Solat tahiyatul masjid dua rakaat. Alang-alang dah sampai kan.  Lepas solat singgah jap kat Endian. Minum-minum. Konon-konon nak survey menu. Ade rezeki, boleh singgah  nanti. Masuk- masuk je tengok, ade kaki ayam. Satu mangkuk besarrrrrrrr.  Kaki ayam sahaja. Tak tahu masak ape. Loya kejap. Bukan aku tak makan kaki ayam. Tapi aku tak lalu bila tengok satu bekas besar kaki ayam.  Kaki Ayam sahaja. Oke??. Kitorang decide minum minuman dalam botol. Aku amik Fanta, kak ied coke, my sis soya. Irma minum air mineral je.  Tak lalu nak mengorder makanan kudap-kudap. Habis minum cepat-cepat keluar.Scary betul kedai tu.  Tetibe aku macam perasan ada lagi satu kedai kat sebelah tu. Aku pun jenguk jap. Lahhhhhhh. Itu rupanya endian. Baru macam ada rupe gambar kat dalam blog pencerita maya. Hahahaha…Tergelak- gelak kitorang. Tak pela. Esok kitorang singgah. Perut dah penuh ni. Tahan teksi . Balik Hostel. Tambang RMB9. Kitorang bayar RMB10. Keep the change. RMB10= RM5. Kalau dibahagi 4. Sorang RM1.25 je. Berbaloi-baloi. I like banyak-banyak.

Daging pepper

Ayam Panggang


Masjid Guilin


Bedak refill

Kaki Ayam segera 

Ikut plan, esok kitorang nak ke Longsheng. Nak tengok Longji rice terrace.  Hostel yang kitorang inap tu ade offer tour tu. Sampai kat hostel, kitorang pun menebeng  depan kaunter.

Kitorang: we want to book tour to longsheng.
Mek kaunter: it is RMB300 per person.
Gulp..masing-masing dah telan air liur.
Mek kaunter: Do you want to book the mandarin tour, its RMB 180. For English tour it cost RMB300.
Kitorang: what the heck? Gile berbeza harga.
Bincang kejap. Decide nak amik mandarin tour. Sebab tadi kat ming palace, pun takde tour guide. Main redah je. Yang penting nak tengok tempat.
Kitorang: ok. We want to book the mandarin tour. For 4 person. For tomorrow?
Mek kaunter: ok. Its 720RMB. This tour do not provide lunch. Please be at lobby at 8.30 am. Tomorrow.
Ok sangat la tu. Yang aku baca, ada yang dapat RMB320 untuk tour ke longsheng, ade yang dapat RMB220. Harga yang kitorang dapat kire dah ok sangat la.
Tapi aku rase, mek kaunter mesti mengutuk kitorang ni kedekut, sebab tak nak amik English tour. Haha. Kitorang kan backpacker sejati, semua nak budget.


Cerita tak habis lagi ni..panjangnye la hari pertama kat Guilin ni. Lepas setel urusan booking tour. Kitorang lepak jap kat kafe hostel. Punya payah nak communicate. Tu baru nak beli kopi. Harga dia takdela murah pun. Tapi sebab nak lepak jap kan.  Luckily ade sorang customer. Minah ni, pandai speaking English. Dia la yang tolong kitorang place order.
Kitorang pun borak- borak dengan minah. Turn out name dia Rocky. Huh?. Ok la.. rocky pun rocky. Dia kata dia suka rock. Avril lavign. Budak ni consider pandai. Belajar accounting major English. Patutla pandai speaking. Dia ade 3 beradik. Ade sorang kembar and kakak. Bapak engineer. Mak accountant.  Hebat tak.Kira tak berapa nak susah la. Suka sangat dia jumpa kitorang. Boleh praktis English katanya.  Pastu dia pun kata dia single and available. Kitorang gelak  je.

K.ied: so, you are looking for boyfriend?
Rocky: No, I am looking for a girlfriend.
Senyap. Bunyi cengkerik krik.krik.krik.Bunyi kipas.
Kitorang; owhhhhhhhhhhh
k.ied: Is your mum knows about this?
Rocky: My mum is traditional. So, I didn’t tell her. I think she knows. But she didn’t say anything.
Kitorang masing- masing angkat cawan, minum. Slurp…
K.ied: I think we make a move first. We are very tired. You know. We also need to get ready for tomorrow. We’ll be going to Longsheng.

Berubah muka Rocky time tu. Mungkin sentap sebab after dia reveal je yang dia ni homo. Kitorang terus nak berangkat naik ke bilik. Terus terang aku tak kisah sangat nak sambung borak dengan Rocky. Tapi k.ied dh meremang bulu roma kot bile budak tu confess  without any reservation. Hehe
Sebelum chow, kitorang amik gambar dengan Rocky. Gigih dia peluk bahu aku. Haha. Tetiba rase seram. Aku punya taste hetero oke. Hiks.

Malam tu terus tido. Takde mood nak tengok TV. Semua bahasa China.  Sepatah haram pun tak paham.